We use cookies to enhance your experience on our website. By continuing to use our website, you are agreeing to our use of cookies. You can change your cookie settings at any time. Find out more

Kamus Bergambar J-QAF KSSR Edisi 2 Second Edition

Author : Fadzilah binti Mustapa et al.
ISBN 13 : 9789834717964
Year of Publication : June 2016

About this Book

Kamus ini dihasilkan dengan menggabungkan beberapa bidang ilmu seperti bahasa Arab, istilah-istilah penting dalam pendidikan Islam seperti  istilah untuk al-Quran dan tajwid,  ibadat, akidah, adab dan sirah, senarai perkataan tulisan jawi dan isi-isi yang berkaitan dengan Perkara Asas Fardu Ain seperti wuduk dan solat yang sesuai digunakan untuk para guru dan murid sebagai panduan untuk melaksanakan kem bestari solat  juga untuk masyarakat keseluruhannya bagi memperbaiki amalan fardu ain.

Penulisan kamus ini dibuat hasil penelitian para penulis melalui Dokumen Standard dan buku Teks KSSR yang diguna pakai dalam sistem pendidikan sekarang. Selain itu,  penelitian juga dijalankan melalui buku teks sekolah rendah  Agama ( SRA ) di bawah kelolaan Jabatan Agama Negeri  seperti  Jabatan Agama Islam Wilayah, Johor, Selangor dan sekolah KAFA di bawah kelolaan JAKIM. Dengan itu, kamus ini amat sesuai   

digunakan oleh semua murid sekolah rendah sebagai bahan rujukan dan di samping dapat membantu  mempertingkatkan penguasaan bahasa dan ilmu pelajar- pelajar juga sebagai bahan sokongan untuk memudahkan guru-guru melaksanakan  pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kamus ini amat sesuai untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran masa kini melalui beberapa penambahbaikan penting yang berikut:

  1. Tambahan KBAT yang selari dengan sistem pendidikan terkini yang mendorong murid untuk mempelajari serta menambahkan pengetahuan luar.
  2. Konsep peta i-Think yang menampilkan konsep ringkas dan padat dalam bentuk persembahan maklumat.
  3. Tambahan topik serta entri yang merangkumi sukatan pelajaran KSSR tahap 1 dan tahap 2 sekolah rendah.

You might also like this

Stay Connected with us

Find us on

Share with your friends