Buku Hubungan Etnik di Malaysia Edisi Ketiga ini disediakan sebagai rujukan utama yang disarankan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kepada pelajar IPTS dan IPTA untuk kursus Hubungan Etnik peringkat Sarjana Muda di institusi pendidikan masing-masing.
Buku ini menyentuh tentang pelbagai isu-isu semasa yang berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia, terutamanya dari sudut pandangan politik, ekonomi, sosial dan budaya. Ia telah disemak dan disusun semula mengikut silibus Mata Pelajaran Umum (MPU) dan garis panduan kursus hubungan etnik di universiti-universiti tempatan. Susunan bab-bab mengambil kira juga kepentingan dan relevan buku ini dalam konteks pembinaan negara dan hubungan pelbagai kaum di Malaysia.