We use cookies to enhance your experience on our website. By continuing to use our website, you are agreeing to our use of cookies. You can change your cookie settings at any time. Find out more

Pengajian Malaysia Edisi Keenam

Author : Dr. Mardiana Nordin et al.
ISBN 13 : 9789834725563
Year of Publication : May 2018

About this Book

Buku Pengajian Malaysia Edisi Keenam ini disediakan sebagai rujukan lengkap para pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang mengambil kursus Pengajian Malaysia di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda di institusi pendidikan masing-masing.

Buku ini mengandungi enam bab keseluruhannya yang mencakupi kesemua tema utama seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam sukatan Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU). Keseluruhannya, kandungan buku ini merangkumi aspek sejarah negara, Perlembagaan Malaysia, sistem dan struktur pentadbiran, kemasyarakatan dan perpaduan, pembangunan sosioekonomi dan amalan beragama rakyat Malaysia.

Selain menjadi rujukan lengkap para pelajar dan pensyarah IPTA dan IPTS, buku ini juga sesuai digunakan oleh para pelajar luar negara yang menuntut di dalam negara ini. Selain itu, buku ini amat bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat kerana kandungannya yang padat dengan maklumat negara daripada sejarah awal sehinggalah kini. Pengetahuan dan pemahaman yang bakal diperoleh dengan membaca buku ini dapat melahirkan warganegara yang teguh jati diri, tinggi semangat patriotisme dan warga yang berpengetahuan.

You might also like this

Stay Connected with us

Find us on

Share with your friends