We use cookies to enhance your experience on our website. By continuing to use our website, you are agreeing to our use of cookies. You can change your cookie settings at any time. Find out more

Siri Politeknik: Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

Author : Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Ab Rahman
ISBN 13 : 9789834714062
Year of Publication : May 2015

About this Book

Buku Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam ini dihasilkan berdasarkan silibus kursus yang ditawarkan dalam Program Diploma di politeknik seluruh Malaysia. Kursus ini adalah salah satu kursus wajib bagi semua pelajar yang mengambil jurusan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan. Buku ini dianggap penting kerana meliputi semua tajuk pembelajaran yang terdapat dalam silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku ini juga sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru dalam perkhidmatan, para pelajar khususnya di politeknik dan amnya di institusi pengajian tinggi yang lain serta mereka yang terlibat dalam bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan.

Buku ini mengandungi empat bab yang memfokuskan perbincangan tentang Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam, Wahyu sebagai Sumber Sains Teknologi dan Kejuruteraan, Prinsip Syariah dan Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan serta Kaedah Fiqah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan. Perbincangan topik-topik ini diharap dapat membantu dan memudahkan para pelajar memahami tentang sain, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam dengan lebih baik dan mendalam.

You might also like this

Stay Connected with us

Find us on

Share with your friends