We use cookies to enhance your experience on our website. By continuing to use our website, you are agreeing to our use of cookies. You can change your cookie settings at any time. Find out more

SPG Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru Edisi Kedua

Series : Siri Pendidikan GuruSiri Pendidikan Guru
Author : Wong Kiet Wah et al.
ISBN 13 : 9789834725501
Year of Publication : May 2018

About this Book

Buku Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru ini dihasilkan berdasarkan Maklumat Kursus dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru merupakan komponen teras yang wajib dipelajari oleh semua siswa guru tahun akhir pengajian PISMP di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Oleh itu, buku ini merupakan rujukan penting untuk memenuhi hasil pembelajaran kursus yang bertumpu kepada etika profesionalisme guru, kualiti dan kepemimpinan guru serta pembangunan diri secara profesional. Buku ini mengandungi lapan bab yang membincangkan konsep mengajar sebagai satu profesion, dasar dan hala tuju pendidikan negara, perundangan berkaitan guru dan pendidikan, kualiti guru, peringkat perkembangan guru, pembangunan kemahiran profesionalisme guru, kepemimpinan guru dan guru sebagai agen perubahan. Setiap bab mengandungi latihan sumatif untuk tujuan pengukuhan kefahaman dan aplikasi dalam situasi sebenar. Selain menjadi rujukan pelajar PISMP, buku ini sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru dalam perkhidmatan, pelajar di universiti dan institut pengajian tinggi yang lain serta mereka yang berminat dalam bidang kepemimpinan dan pembangunan profesional guru.

You might also like this

Stay Connected with us

Find us on

Share with your friends