We use cookies to enhance your experience on our website. By continuing to use our website, you are agreeing to our use of cookies. You can change your cookie settings at any time. Find out more

SPG Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak (Edisi Kemas Kini)

Series : Siri Pendidikan GuruSiri Pendidikan Guru
Author : Dr Lee Keok Cheong et al.
ISBN 13 : 9789834710507
Year of Publication : October 2013

About this Book

Buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak Edisi Kemas Kini ini ditulis berdasarkan sukatan pelajaran (proforma) kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini merupakan kursus teras yang mewajibkan semua pelajar IPGM.

Buku ini penting kerana meliputi kesemua tajuk pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Antara topik yang terkandung dalam buku ini adalah Pengenalan kepada Bimbingan, Kaunseling dan Psikoterapi, Sejarah Perkembangan Kaunseling, Teori-teori Kaunseling, Kaunseling dari Perspektif Islam, Kemahiran Asas Kaunseling, Kaunseling Kelompok, Kaunseling Kanak-kanak, Kaunseling dalam Pendidikan Khas, Kaunseling Kerjaya, Kajian-kajian Kes, Permainan-permainan Kaunseling: Latihan dalam Kelompok, Pembimbing Rakan Sebaya, Etika dan Perundangan Kaunseling dan Proses Penyebaran. Selain boleh dijadikan rujukan bagi para pelajar IPGM khususnya, buku ini juga sesuai untuk kegunaan para pensyarah dan pelajar IPTA yang lain, kaunselor sekolah serta mereka yang berminat dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. 

Selain itu, buku edisi kemas kini ini juga disertakan 1 set Model Kertas Peperiksaan baharu bersama model jawapan lengkap dan 7 Lampiran yang mengandungi Bidang Tugas dan Tanggungjawab, Inventori Minat Pekerjaan, Inventori Nilai, Model Membuat Keputusan Kerjaya, Contoh Surat Permohonan, Contoh Vitae Kurikulum dan Tata Cara Menghadiri Temu Duga.

You might also like this

Stay Connected with us

Find us on

Share with your friends