We use cookies to enhance your experience on our website. By continuing to use our website, you are agreeing to our use of cookies. You can change your cookie settings at any time. Find out more

SPG Literasi Bahasa Melayu Edisi Kedua

Series : Siri Pendidikan GuruSiri Pendidikan Guru
Author : Dr. Khairuddin Mohamad et. al
ISBN 13 : 9789834713843
Year of Publication : October 2014

About this Book

Buku Literasi Bahasa Melayu Edisi Kedua ini dihasilkan berdasarkan kehendak Jadual 3 kursus Literasi Bahasa Melayu yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru. Kursus ini merupakan salah satu kursus wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar Semester 2. Buku ini dianggap penting kerana kandungannya meliputi semua tajuk pembelajaran yang diperlukan dan penulis berasa yakin kehadirannya di pasaran dapat membantu para pelajar memenuhi kehendak dan keperluan kursus perguruan terutama dalam menyempurnakan kerja kursus projek dan tutorial yang diperlukan.

            Buku ini juga sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah dan pelajar universiti yang mengambil jurusan pendidikan peringkat diploma dan ijazah pertama serta mereka yang berminat untuk mempelajari beberapa teknik baharu membina pelbagai jelnis bahan pengajaran pemulihan Bahasa Melayu. Isi kandungan buku ini diolah dan disampaikan menggunakan bahasa yang mudah difahami dengan bantuan gambar dan bahan grafik yang mesra pengguna. Buku ini juga amat sesuai sebagai sumber rujukan guru-guru LINUS, Prasekolah, Pemulihan, Pendidikan Khas dan sebagainya.

            Kursus Literasi Bahasa Melayu merupakan satu kursus yang penting dan seronok untuk diikuti. Kandungan kursus adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk melihat keupayaan seseorang menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi yang merupakan sebahagian daripada agenda besar kerajaan dalam Hala Tuju Program Tranformasi. Pada masa yang sama, terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Jika sebelum ini seorang yang buta huruf akan gelap masa depannya kerana kesukaran memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber yang ada di persekitarannya tetapi kini masalah tersebut boleh ditangani dengan mengikuti program literasi dan numerasi. Dengan memiliki buku ini juga akan dapat memberikan panduan dan idea baharu ke arah penghasilan bahan pengajaran yang terkini, terancang dan sistematik yang sekali gus menyumbang ke arah menjayakan usahakan kerajaan untuk membasmi buta huruf.

You might also like this

Stay Connected with us

Find us on

Share with your friends