We use cookies to enhance your experience on our website. By continuing to use our website, you are agreeing to our use of cookies. You can change your cookie settings at any time. Find out more

SPG Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Edisi Kedua

Series : Siri Pendidikan GuruSiri Pendidikan Guru
Author : Haliza Hamzah et al.
ISBN 13 : 9789834718299
Year of Publication : May 2016

About this Book

Buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Edisi Kedua dihasilkan berdasarkan keperluan Kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PDPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Buku ini meliputi semua tajuk pembelajaran dalam kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang merupakan komponen teras Ilmu Pendidikan yang ditawarkan di IPGM.

Secara dasarnya, buku ini mengupas konsep pengurusan bilik darjah di sekolah serta peranan guru dalam pengurusan tersebut bagi membentuk persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, buku ini membincangkan hubungan guru dengan murid serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan hubungan yang positif dengan murid. Buku ini mengandungi beberapa model pengurusan bilik darjah yang dapat membantu murid dan guru untuk mensintesis model yang sesuai untuk situasi mereka sendiri. Topik yang turut dibincangkan ialah jenis masalah disiplin dan tingkah laku yang boleh dijadikan panduan kepada guru untuk menganalisis masalah-masalah disiplin dan tingkah laku yang terdapat di dalam bilik darjah. Fokusnya ialah bentuk-bentuk intervensi dan tindakan guru dalam menguruskan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Selain itu, perbincangan tentang pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas di dalam bilik darjah inklusif turut dimuatkan. Buku ini juga memaparkan cadangan-cadangan untuk menyediakan pelan perancangan pengurusan yang berkesan di dalam bilik darjah. Di akhir setiap bab, penilaian formatif disertakan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap topik yang telah dipelajari. Model Kertas Peperiksaan juga disisipkan untuk ulang kaji para pelajar sebelum menghadapi ujian akhir kursus.

Selain boleh dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajar di IPGM, buku ini juga sesuai untuk rujukan para pensyarah, guru-guru, para pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi yang lain serta individu-individu yang berminat tentang pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid.

Baharu dalam edisi ini:

  • Bab-bab dikemaskinikan mengikut sukatan pelajaran terkini
  • Tugasan Tambahan disediakan di akhir setiap bab

You might also like this

Stay Connected with us

Find us on

Share with your friends