We use cookies to enhance your experience on our website. By continuing to use our website, you are agreeing to our use of cookies. You can change your cookie settings at any time. Find out more

SPG Pergerakan Asas

Series : Siri Pendidikan GuruSiri Pendidikan Guru
Author : Kok Mong Lin et al.
ISBN 13 : 9789834711993
Year of Publication : May 2014

About this Book

Buku Pergerakan Asas ini ditulis berdasarkan sukatan pelajaran (proforma) kursus Pendidikan Jasmani yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini merupakan kursus major dan elektif Pendidikan Jasmani.

Buku ini merangkumi tajuk pembelajaran yang terdapat dalam proforma kursus PJM3102. Tujuh bab yang terkandung dalam buku ini ialah Pergerakan Asas, Pengajaran dan Pembelajaran Pergerakan Asas, Permainan Kanak-kanak, Model Bunker dan Thorpe, Pengurusan dan Pengelolaan Permainan Kanak-kanak, Penilaian Kemahiran Pergerakan Asas dan Permainan kanak-kanak, serta Amali: Pergerakan Asas dan Permainan Kanak-kanak. Huraian kandungan disokong dengan ilustrasi yang menarik untuk memudahkan kefahaman dan bacaan. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga menggunakan tajuk yang kreatif untuk membangkitkan naluri ingin tahu para pembaca. Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) diselitkan pada bahagian-bahagian yang berkaitan. Soalan berbentuk aneka pilihan, struktur, esei, refleksi serta forum turut disisipkan di hujung setiap bab untuk tujuan latihan oleh para pelajar dalam menghadapi ujian dan peperiksaan. Idea dan aktiviti untuk ujian amali juga dicadangkan dalam buku ini.

Selain boleh dijadikan rujukan bagi para pelajar IPGM khususnya, buku ini juga sesuai untuk kegunaan para pensyarah dan pelajar-pelajar IPTA yang lain, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru-guru yang aktif dalam kegiatan kokurikulum, jurulatih-jurulatih sukan/ permainan serta mereka yang berminat dalam bidang Pendidikan Jasmani.

You might also like this

Stay Connected with us

Find us on

Share with your friends