We use cookies to enhance your experience on our website. By continuing to use our website, you are agreeing to our use of cookies. You can change your cookie settings at any time. Find out more

SPG Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Edisi Kedua

Series : Siri Pendidikan GuruSiri Pendidikan Guru
Author : Abdul Jasheer Jayaseelan et al.
ISBN 13 : 9789834728564
Year of Publication : January 2019

About this Book

Buku Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Edisi Kedua dihasilkan berdasarkan kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara. Kursus ini merupakan kursus teras yang diwajibkan kepada semua pelajar. Buku ini dianggap penting kerana meliputi kesemua tajuk pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Justeru, buku ini dapat membantu para pelajar memenuhi kehendak dan keperluan kursus. Para pelajar juga dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran dalam penggunaan teknologi demi menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna. Terdapat 10 bab yag dibincangkan, iaitu Teknologi dan Media Pengajaran, Reka Bentuk Pengajaran, Proses Pembinaan dan Penilaian Media Pengajaran, Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Audio dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Multimedia Interaktif untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran serta Isu-isu dan Cabaran Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan. Selain dijadikan buku teks para pelajar IPGM, buku ini juga sesuai sebagai bahan rujukan para pensyarah, guru dalam perkhidmatan, pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran. 

You might also like this

Stay Connected with us

Find us on

Share with your friends