Effective Practice KSSR Sejarah Tahun 6 merupakan buku latihan berbentuk topikal berdasarkan sukatan pelajaran dan Buku Teks KSSR Sejarah Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Latihan yang disediakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang berupaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mereka dalam menjawab soalan peperiksaan di sekolah. Selain itu, latihan KBAT yang disediakan juga dapat mencetus kemahiran berfikir secara kritis dalam diri murid.