Siri ini disediakan menepati KSSR bagi Tahun 4 hingga Tahun 6. Buku ini disusun dan disediakan mengikut tema buku teks untuk Tahun 5 dan mengikut komponen peperiksaan untuk Tahun 4 dan Tahun 6 bagi memudahkan PdPc guru dan juga memudahkan pemahaman murid. Satu set Pentaksiran Akhir Tahun/Kertas Model disediakan pada bahagian akhir buku untuk membiasakan murid dengan soalan UPSR sebenar. Jawapan cadangan disediakan untuk memudahkan murid menyemak jawapan.