Kad memori ini merupakan nota padat untuk membantu murid-murid mengingati terma-terma penting dalam pelajaran. Nota-nota yang disediakan adalah berdasarkan komponen peperiksaan UPSR. Nota disediakan dalam bentuk jadual, diagram dan carta untuk memantapkan pemahaman murid-murid dalam pembelajaran. Kad memori ini disediakan khas untuk membantu murid-murid membuat persediaan terakhir sebelum menduduki peperiksaan dengan penuh keyakinan.