Buku ini disusun berpandukan skim latihan bagi Unit Pengakap Muda (Edisi Terkini) yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Buku ini membincangkan aspek keahlian, lencana kemajuan, lencana kepandaian dan Anugerah Tanda Rambu Pengakap Muda.
Buku ini membincangkan aspek-aspek tersebut secara terperinci dan disertakan dengan penerangan, gambar rajah dan gambar foto untuk setiap lencana dalam Skim Latihan Pengakap Muda bagi memudahkan ahli membuat rujukan.
Di akhir buku pula disediakan bibliografi dan indeks untuk tujuan semakan dan rujukan oleh ahli pengakap.