Persepsi & Ekspresi dalam Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 merupakan buku aktiviti yang diterbitkan khusus untuk membantu guru mengendalikan pentaksiran di dalam kelas. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Nota Pantas, Latihan Pengukuhan dan Aktiviti Amali. Latihan-latihan yang disediakan berupaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Selain itu, latihan KBAT yang disediakan juga dapat mencetus kemahiran berfikir secara kritis dalam diri murid.