Siri Sukan Popular Hoki merupakan buku pengajaran sukan yang dirancang untuk memenuhi keperluan para pelajar, guru, guru pelatih dan jurulatih, terutama individu yang ingin melihat, mengkaji dan menilai perkembangan dalam bidang sukan dari segala aspek di negara ini. Buku ini memenuhi keperluan perguruan, rujukan dan pembacaan. Buku ini juga mengetengahkan teknik-teknik permainan yang dapat membantu ahli sukan membaiki cara permainan dan mencapai kejayaan yang cemerlang.