Buku ini disediakan untuk mendedahkan murid yang akan menghadapi UPSR kepada pelbagai bentuk karangan. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Karangan Pemindahan Maklumat, Ulasan dan Karangan Berformat dan Karangan Tidak Berformat. Contoh jawapan disediakan bagi setiap soalan bagi memberi gambaran kepada murid idea untuk menulis karangan. Kosa Kata turut disediakan untuk mendedahkan murid-murid tentang makna beberapa perkataan tertentu.