Buku ini disediakan mengikut tajuk pembelajaran di peringkat UPSR, khususnya bagi murid tahun 4, 5 & 6 yang akan menghadapi ujian UPSR. Kandungan dalam buku ini disediakan mengikut komponen dalah format UPSR baharu 2016. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Memindahkan Maklumat (Bahagian A), Menulis Ulasan (Bahagian B )dan bahagian Karangan Tidak Berformat Dan Berformat (Bahagian C). Rangka Karangan dan Tip Mencari Isi disediakan bagi memberikan pemahaman kepada murid-murid tentang isi-isi penting yang perlu difahami oleh mereka. Kosa Kata turut disediakan untuk mendedahkan murid-murid tentang makna beberapa perkataan tertentu dalam bahasa Cina.